PENGETUA

Ucapan Dasar Pengetua SMK Seri Pinang

         Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan  salam 1 Malaysia . Selamat tahun baru  dan selamat kembali bertugas, bagi tahun 2015.Tahniah kepada semua warga SMKSP kerana telah berjaya melunaskan tanggungjawab bagi tahun  2014 . Tahniah juga di atas semua kejayaan dan kecemerlangan yang telah sekolah kita raih pada tahun lepas. Terima kasih kepada semua atas sumbangan tuan dan puan dari segi masa,wang,tenaga,material ,sokongan moral,idea ,keprihatinan dan kasih sayang. Saya rasa  sangat bertuah dan bersyukur di atas limpah kurnia Allah menjadikan saya  pemimpin organisasi SMK Seri Pinang.

             Mengimbas kembali tugas yang telah kita laksanakan pada tahun 2014,kita bolehlah menilai kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri kita. Setiap guru dan staf sokongan diharap sudah  membuat analisis SWOT dan Perancangan Strategik untuk tahun 2015. Di dalam perancangan strategik ini ,terdapat strategi ,pelan tindakan dan pelan taktikal yang sesuai untuk dilaksanakan.Melalui perancangan ,pelaksanaan,pemantauan dan penilaian yang konsisten dan sistematik kerja kita akan menjadi mudah dan berkesan. Apa yang penting, kita gunakan  pendekatan ’data –based ’ dalam setiap tindakan kita untuk mendapatkan output yang lebih baik. Insya Allah, tahun 2015  akan memberikan kita lebih banyak kejayaan dan kemenangan dalam apa jua bidang yang kita usahakan bersama sebagai warga pendidikan SMK Seri Pinang.
           
            Saya sangat mengharapkan sokongan ,keterlibatan dan kebersamaan semua warga SMK Seri Pinang untuk mengetahui,memahami,menghayati , mengamalkan dan  berusaha  menterjemahkan aspirasi sistem dan aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang akan tamat tempoh Gelombang 1 pada tahun 2015. Setiap perancangan mestilah selari dengan hasrat PPPM.

            Saya sebagai  kepimpinan  SMK Seri Pinang bersyukur kerana masih diberi peluang untuk membimbing dan membawa  semua warga sekolah ini ke tahap pencapaian yang lebih cemerlang dalam kerjaya dan  kemenjadian murid .Namun kecemerlangan hanya dapat  diraih jika kita mengamalkan  Budaya Kerja Kelas Pertama. Saya percaya dengan kekuatan dan kelebihan yang dimiliki oleh semu guru dan staf SMK Seri Pinang sekolah ini mampu menjadi wadah dalam melahirkan anak-anak didik berminda kelas pertama dan menyumbang di arena global.

            Sekarang kita tidak punya banyak  masa untuk merancang ; laksanakan segera ( ”just do it”) adalah  saranan KPPM. Jika ada masaalah,kenalpasti isu dan punca ,cari penyelesaian dengan cara kendiri ,kos yang kurang  ,cari alternatif   dan menguntungkan semua pihak ( win-win situation).

            Marilah kita sama-sama berganding bahu dalam mendepani segala cabaran yang mendatang dalam aspek Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan  Kokurikulum .SMKSP pasti boleh melahirkan  insan-insan berperibadi tinggi di masa depan jika semua warganya berpegang pada prinsip *PERDANA, beribadah melalui kerjaya ,Al Quran dan Sunnah ,in sya Allah.

            Akhir kata,saya menyusun sepuluh jari andai ada kesalahan dan kekurangan dalam penyediaan Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2015. Diharap buku ini dapat melancarkan pengurusan sekolah dan memberi nilai tambah ilmu kepada semua guru dan anggota kakitangan pelaksana.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

             
(Hjh Sukini binti Dahalan)
Pengetua SMK Seri Pinang
Bandar Tenggara
Johor