6 Jan 2015
PIAGAM PELANGGAN
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"
MISI
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Pontensi
Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negera"
MATLAMAT
Melahirkan murid
yang berkualiti dan cemerlang dalam
aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah serta dapat memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.
PIAGAM PELANGGAN
SMK SERI PINANG
Kami warga SMKSP dengan penuh
tekad dan iltizam berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
:
1.Memulakan Pengajaran dan Pembelajaran yang terbaik, tepat pada waktunya
2. Melindungi masa Instruksional dengan memastikan guru ganti melaksanakan aktiviti P&P
3. Menyediakan bahan pembelanjaran yang berkualiti dan berupaya menarik minat murid
4. Menyemak hasil kerja murid dalam tempoh tiga hari selepas dikumpul
5. Mengambil tindakan segera terhadap kebajikan dan keselamatan murid
6. Memastikan ibu bapa mendapat maklumat terkini tentang prestasi murid
7. Melayan pelanggan dengan segera secara berhemah dan mesra. 8. Memberi maklumbalas kepada semua surat arahan daripada stakeholders dengan segera.
1.Memulakan Pengajaran dan Pembelajaran yang terbaik, tepat pada waktunya
2. Melindungi masa Instruksional dengan memastikan guru ganti melaksanakan aktiviti P&P
3. Menyediakan bahan pembelanjaran yang berkualiti dan berupaya menarik minat murid
4. Menyemak hasil kerja murid dalam tempoh tiga hari selepas dikumpul
5. Mengambil tindakan segera terhadap kebajikan dan keselamatan murid
6. Memastikan ibu bapa mendapat maklumat terkini tentang prestasi murid
7. Melayan pelanggan dengan segera secara berhemah dan mesra. 8. Memberi maklumbalas kepada semua surat arahan daripada stakeholders dengan segera.
SEJARAH SMK SERI PINANG
SEJARAH PENUBUHAN
SEKOLAH SMK SERI PINANG
SMK Seri Pinang ialah
sekolah yang ke-13 dalam Daerah Kulai dan yang ke-3 dalam Zon Tenggara. Sekolah
ini di bina pada tahun 2002 berdasarkan
konsep “Merekabentuk Membina Dan Menyiapkan Projek Sekolah Secara Rundingan
Terus “ Disign and Build”. Ia dibina
di jalan Tun Abdul Majid Bandar Tenggara yang berhampiran dengan Felda Sg
Sibol. Majlis perasmian pembukaan sekolah baru telah disempurnakan oleh oleh
En. Md. Hasidin bin Zaini, Ketua Unit Kurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri
Johor, pada hari pertama persekolahan sesi 2003 iaitu 6 Januari 2003, hari
Isnin bersamaan 3 Zulkaedah 1423 H dan disaksikan oleh Hj Aminuddin bin
Mohd.Sani Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai Sektor Pengurusan Akademik
selaku pegawai pengiring.
Pengurusan dan
pentadbiran untuk mengerakkan sekolah baru bermula pada
16 November 2002 dengan kerjasama, Pn.
Anim bt. Mohamed Jaib, sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran, En Rashid b.
Muhidin sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan En. Mohamed Rozi b.
Ali, Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
Peringkat Awal bilangan guru
seramai 32 orang, seorang kaunselor, seorang pembantu tadbir, seorang
pekerja am rendah pejabat, seorang pekerja
am makmal dan dua orang pekerja syarikat swasta dengan 3 orang pekerja
memulakan perkhimatan pada 1 Mac 2003. Perkhidmatan Kawalan Keselamatan bermula
pada 1 April 2003.
Murid yang ditempatkan di sekolah ini adalah mereka yang dipindahkan dari
SMK Bandar Tenggara berdasarkan lokasi tempat tinggal mereka
iaitu dari kawasan Felda Sungai Sibol, Felda Pengeli Timur, Felda Inas dan sebilangan pelajar daripada kawasan taman
perumahan yang berhampiran. Bilangan
keseluruhan ialah 648 orang merangkumi pelajar-pelajar Tingkatan 1,2,3 dan 4.
Mereka ditempatkan di dalam 17 buah kelas. Identiti setiap tingkatan
menggunakan perkataan “Pinang” bersempena dengan nama sekolah. Tingkatan 1
dikenali sebagai Pinang Anggun 1 hingga 5. Tingkatan 2 pula dinamakan Pinang
Bistari 1 hingga 4. Tingkatan 3 dinamakan
Pinang Cemerlang 1 hingga 4 dan Tingkatan 4 pula dinamakan Pinang Dedikasi
1 hingga 4 dan Pinang Gemilang 1 hingga 4 untuk tingkatan 5.
Pengetua pertama sekolah ini ialah Pn. Hjh. Faraded bt. Mohd. Dom pada 16 September 2003. Beliau berkhidmat disekolah ini sehingga 15 Mei 2005. Pengetua berikutnya ialah Tuan Haji Shahrudin bin Hj Syariff berkhidmat dari 01 Julai 2005 hingga 15 Mei 2006. Pengetua ketiga sekolah ini ialah Tuan Haji Naimem bin Hj Basar 16 September 2006 hinga 15 April 2008. Tuan Haji Aminuddin Mohd.Sani bermula 16 Julai 2008 hingga 12 Jun 2012. Pn Hajah Siti Mariam binti Abdul Rahman bermula pada 18 Disember 2012 hingga 01 September 2014 dan Pn Hajah Sukini binti Dahalan bermula 30 September hingga sekarang.
Subscribe to:
Posts (Atom)