6 Jan 2015

SEJARAH SMK SERI PINANG

SEJARAH PENUBUHAN
SEKOLAH SMK SERI PINANG

SMK Seri Pinang ialah sekolah yang ke-13 dalam Daerah Kulai dan yang ke-3 dalam Zon Tenggara. Sekolah ini di bina  pada tahun 2002 berdasarkan konsep “Merekabentuk Membina Dan Menyiapkan Projek Sekolah Secara Rundingan Terus “ Disign and Build”. Ia dibina di jalan Tun Abdul Majid Bandar Tenggara yang berhampiran dengan Felda Sg Sibol. Majlis perasmian pembukaan sekolah baru telah disempurnakan oleh oleh En. Md. Hasidin bin Zaini, Ketua Unit Kurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, pada hari pertama persekolahan sesi 2003 iaitu 6 Januari 2003, hari Isnin bersamaan 3 Zulkaedah 1423 H dan disaksikan oleh Hj Aminuddin bin Mohd.Sani Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai Sektor Pengurusan Akademik selaku pegawai pengiring. 
Pengurusan dan pentadbiran untuk mengerakkan sekolah baru bermula pada
16 November 2002 dengan kerjasama, Pn. Anim bt. Mohamed Jaib, sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran, En Rashid b. Muhidin sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan En. Mohamed Rozi b. Ali, Guru Penolong Kanan Kokurikulum.  Peringkat Awal bilangan guru  seramai 32 orang, seorang kaunselor, seorang pembantu tadbir, seorang pekerja am rendah pejabat,  seorang pekerja am makmal dan dua orang pekerja syarikat swasta dengan 3 orang pekerja memulakan perkhimatan pada 1 Mac 2003. Perkhidmatan Kawalan Keselamatan bermula pada 1 April 2003.

     Murid yang ditempatkan di sekolah ini adalah mereka yang dipindahkan dari
SMK Bandar Tenggara  berdasarkan lokasi tempat tinggal mereka iaitu dari kawasan Felda Sungai Sibol, Felda Pengeli Timur, Felda Inas  dan sebilangan pelajar daripada kawasan taman perumahan  yang berhampiran. Bilangan keseluruhan ialah 648 orang merangkumi pelajar-pelajar Tingkatan 1,2,3 dan 4. Mereka ditempatkan di dalam 17 buah kelas. Identiti setiap tingkatan menggunakan perkataan “Pinang” bersempena dengan nama sekolah. Tingkatan 1 dikenali sebagai Pinang Anggun 1 hingga 5. Tingkatan 2 pula dinamakan Pinang Bistari 1 hingga 4. Tingkatan 3 dinamakan  Pinang Cemerlang 1 hingga 4 dan Tingkatan 4 pula dinamakan Pinang Dedikasi 1 hingga 4 dan Pinang Gemilang 1 hingga 4 untuk tingkatan 5.


   Pengetua pertama sekolah ini ialah  Pn. Hjh. Faraded bt. Mohd. Dom pada 16 September 2003. Beliau berkhidmat disekolah ini sehingga 15 Mei 2005. Pengetua berikutnya ialah Tuan Haji Shahrudin bin Hj Syariff berkhidmat dari 01 Julai 2005 hingga 15 Mei 2006. Pengetua ketiga sekolah ini  ialah Tuan Haji Naimem bin Hj Basar 16 September 2006 hinga 15 April 2008. Tuan Haji Aminuddin Mohd.Sani bermula 16 Julai 2008 hingga 12 Jun 2012. Pn Hajah Siti Mariam binti Abdul Rahman bermula pada 18 Disember 2012 hingga 01 September 2014 dan Pn Hajah Sukini binti Dahalan bermula 30 September hingga sekarang.